Santai Di Spa Melayu Tradisional, PUTRAJAYA


Putrajaya, nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang bekerja bersama Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia. Di sini juga sememangnya tidak asing lagi kepada semua rakyat Malaysia dari merata negeri tidak kira agama, budaya dan bangsa dan orang luar sama ada bekerja dengan jabatan-jabatan kerajaan dan swasta, yang datang melawat, yang datang melancong dan tidak kurang pula yang ingin ketenangan kesan dari pembangunan Bandar Dalam Taman yang menimbun di sekitar Putrajaya.

Pelancong yang pertama kali datang ke sini, sudah tentu terpegun melihat susunan dan binaan bangunan ala peninggalan kerajaan Arab yang kebanyakannya kini dijadikan pejabat-pejabat pentadbiran kerajaan.

Di celah populariti Putrajaya ini, terdapat perkhidmatan spa tradisional Melayu yang telah menarik ribuan perhatian ramai masyarakat Malaysia terutama penduduk Putrajaya sendiri untuk merasai 'kelainan' spa di berada di lokasi bangunan Danau Point, Putajaya Perdana, Precint 16.

Menyedari potensi besar menarik ramai pengunjung ke sini, Datin Faridah Muhamad, memberanikan diri menubuhkan sebuah spa yang diberi nama "Bioteam Spa & Beauty" pada tahun 2006.

'Bioteam' mempunyai konsep Bioteknologi dari pakar-pakar herba seluruh dunia digunakan dalam penggunaan bahan-bahan SPA dan kecantikan sesuai dengan peredran zaman kini. Ianya sesuai memandangkan setiap wanita perlu menjaga aset diri yang mereka miliki dengan sepuas-puasnya.

Bioteam Spa & Beauty, mempunyai keistimewaan tersendiri, bukan sahaja beroperasi di kawasan Putrajaya tetapi lokasinya juga sangat strategik iaitu di kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia yang mana menjadi rujukan rakyat Malaysia dan juga seluruh masyarakat Pelusuk Dunia.

SPA MELAYU TRADISIONAL

Lebih istimewa lagi, Taman Sari Spa berkonsepkan rawatan tradisional Melayu tulen dan satu-satunya yang beroperasi di kawasan berkenaan.

"Mengapa kita perlu banggakan dengan spa Bali atau Thailand, sedangkan kita sendiri boleh berbangga dengan rawatan tradisional Melayu yang telah diwarisi sejak turun temurun".

Masyarakat Melayu mempunyai petua yang telah digunakan lebih daripada seratus tahun lalu oleh nenek moyang dan hanya perlu mengamalkanya.

"Siapa lagi yang boleh mengekalkan warisan tersebut kalau bukan generasi sekarang dan saya ingin terus memartabatkan rawatan tradisional Melayu tulin"

Walaupun konsep Bioteknologi SPA bertaraf 5 STAR, namun dari segi kos adalh munasabh dan tidak banyk beza dengan ribuan SPA yang wujud bagai cendawan tumbuh. Ini kerana konsep Bio ini perlu diperkenalkan kepada seluruh masyarakat Malaysia dengan semaksima yang boleh bagi menggalakkan perkongsian ilmu dan tidak ketinggalan teknologi berbanding negara jiran yang lain.

PERALATAN MODEN

Selain itu, spa ini tidak menggunakan alat-alat moden yang terlalu canggih sehingga menyusahkan pelanggan dan kos yang membebankan dalam rawatannya dan juga tidak menggunakan bahan kimia kerana 100% adalah produk SPA 100% dari tumbuhan.

Produk yang digunakan dalam spa ini adalah yang diperbuat daripada herba tradisional dan merupakan produk Melayu yang merangkumi produk aroma terapi, penjagaan badan, herba selepas bersalin dan terdapat juga produk makanan serta minuman.

Taman Sari Spa turut menggunakan akar-akar kayu, herba dan rempah sebagai bahan dalam rawatannya untuk terus mengekalkan tradisi Melayu. Ianya diproses dan dikilangkan sendiri oleh Biotem Spa & Beauty untuk menjaga kualiti dan mutu produk. Dengan anugerah Pensijilan berstatus Halal, IMP (Islamic Manufacturing Practice), GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP, dan 100% Buatan Malaysia.
Hampir 90 peratus pengunjung spa ini ialah penduduk sekitar Lembah Klang dan Putrajaya dan selebihnya dari pelancong yang ingin merasai sendiri rawatan tradisional Melayu.

Terdapat banyak pakej yang ditawarkan. Dinasihatkan agar pelanggan datang sendiri ke SPA yang terletak di PUTRAJAYA PERDANA, T01, U007 & U008, 1ST FLOOR, No.5, Jln P16, Presint 16, 62150 Putrajaya, Wilayah Persekutuan atau hubungi di talian 03-88886608 dan bercakap dengan Cik Asmah (Therapy Manager) untuk sebarang rundingan rawatan SPA dan khidmat kecantikan.
Spa ini juga menyediakan urutan tradisional Melayu yang menggunakan rempah ratus seperti kunyit, buah pala, cengkih dan bunga lawang.

FRANCAIS

Disamping memperkenalkan SPA ini kepada semua, Bioteam SPA & Beauty dengan kerjasama Perbadanan Nasional Berhad (PNS ) akan memperkenalkan konsep Francais dan akan membuka lebih dari 200 buah Francais dengan modal disediakan diantara RM150k sehingga RM500k.

Oleh itu kepada sesiapa yang berminat menceburkan diri dalam Industri SPA ini bolehlah datang terus ke Bioteam SPA & Beauty seperti alamat diatas, atau menghantar proposal untuk disemak.


PROMOSI JULAI. Cepat sebelum terlewat.

PROMOSI JULAI. Cepat sebelum terlewat.

Promosi Bulan Kemerdekaan

Promosi Bulan Kemerdekaan

No posts.
No posts.